Miris !! Bayi Malang Ini Sering Dicium Tetangganya, Akhirnya Terpaksa Dibuang Paru- Paru Kanannya Karena Hal Berikut

Keadaan pada bayi umur 5 bulan ini cukup menyedihkan. Selepas melahirkan anak sulung, Nurul Hudaa M. Basir, 39 (Danish Awisy) bersabar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan anak yang kedua. Selepas anak keduanya lahir, semasa dalam pantang kehadiran anak ini dirasai. Ramai datang melawat, maklumlah ini anak yang begitu dinantikan selama ini. Dipeluk, dicium bayi itu tanpa sedar, rupanya tetamu yang datang ada yang batuk dan selesema.

Bila ditegah ibu, katanya tak mengapa. Cuma sekejap saja. Siapa sangka, rupanya bayi itu tidak dapat melawan serangan virus yang dibawa oleh tetamu yang sakit. Sudahnya bahagia ibu cuma sementara kerana perjalanan hidup mereka selepas itu berakhir di atas Rumah Sakit.

Ini sekadar peringatan. Cerita ini berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri. Terpulang sama anda mau baca, mau percaya, mau ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun.Anak Nurul yang kedua, Ahmad Darwisy Zaimi, 5 bulan atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.

Awisy dilahirkan pada 8 November 2017. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah dia dalam keadaan sehat. Tiada komplikasi kesihatan yang kritikal. Cuma awisy mempunyai G6PD dan kuning.

Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD.Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua karena kuning.Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara serta sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.
Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan ingin melihat si kecil ini yang sekian lama, Tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah.Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rekan dan ada antaranya yang tidak sehat.

Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sehat, demam batuk dan selesema, usahlah di sentuh baby tu.Tapi ni bukan takat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan, “Alah, sikit je” sambil tertawa sinis.Maka, dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy.

Ini Yang Jadi Masa Umur Awisy Dalam PantangSelang 3 / 4 hari, diusia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.

Awisy pon waktu tu menangis saja sampai sukar untuk dipujuk..rupanya dia sedang kesakitan ya amat..Kasihannya kamu sayangku..Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya.

Aduh! Memang terkejut besar. Sebab dalam semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sehat menyentuh atau menciumnya. Dah tentu Nurul kata ada.Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu pembawa kuman tersebut.

Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.Memang Sangat-sangat Jahat Kuman IniMaka, Awisy telah diberi antibiotik dan diberikan oksigen selama 3 minggu. Barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.

Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.Lebih-lebih lagi yang tidak sehat. Kalau boleh tidak perlulah lawat baby.Ketika ini, Awisy sudah pun dibedah dan sebelah kanan paru-parunya telah dibuang. Bersimen separuh badan sebab kuman dekat paru-paru dah terlalu rusak sampai memakan tulang belakang Awisy hingga bengkok.